Skip to main content

Advertisement

Badminton

Ling Ching Jumpa Baruah di Suku Akhir Thailand Masters

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Ling Ching Jumpa Baruah di Suku Akhir Thailand Masters

Wong Ling Ching berjaya melangkah ke Suku Akhir Thailand Masters dan bakal berdepan wakil India, Isharani Baruah, dalam perlawanan yang dijadualkan hari ini.

Selain Ling Ching, dua lagi pemain perseorangan wanita negara, K. Letshanaa dan Goh Jin Wei, turut mencatat kemenangan dalam perlawanan masing-masing dan akan beraksi di peringkat suku akhir.

Advertisement

Namun begitu, undian mempertemukan Goh Jin Wei menentang Letshanaa, sekali gus memastikan seorang wakil Malaysia sudah terjamin tempat ke separuh akhir.

Lebih menarik, sekiranya Ling Ching berjaya menewaskan Baruah, Malaysia berpeluang mempunyai wakil di perlawanan akhir kejohanan ini.

Diharapkan Ling Ching mampu menampilkan aksi terbaik dan menundukkan wakil India tersebut.

Must Watch Video