'Daripada idea ke podium'
Itu slogan utama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk menanam kefahaman tentang 'Harta Intelek' kepada pelajar sekolah, dengan menganjurkan program IP Talk – Game On: Create, Protect, Own di enam sekolah sukan terpilih.
Advertisement
Sekolah Sukan Bukit Jalil menjadi lokasi pertama bagi pembukaan program itu dan bakal diikuti lima lagi buah sekolah sukan yang akan berlangsung serentak ketika Hari Harta Intelek Negara 2026 pada 22 April ini.
Bagi Ketua Pengarah MyIPO, Yusnieza Syarmila Yusoff, inisiatif ini adalah untuk memberi input asas kepada atlet pelajar sekolah supaya mereka faham mengenai inovasi dalam sukan yang juga akan memanfaatkan prestasi mereka pada masa akan datang.
"Kami ingin memberitahu bahawa inovasi perlu diterapkan daripada peringkat sekolah.
"Dalam masa sama, kami mahu mereka mengetahui atau menghormati budaya penciptaan tidak diciplak daripada peringkat sekolah.
"Sekolah sukan sentiasa ada banyak idea baru.
"Di samping ada melakukan sesuatu penciptaan, jangan lupa untuk melindungi hak ciptaan anda," katanya di Nadi Arena.