Skip to main content

Hoki

Lima pasukan luar negara sah cabar Pesta Hoki Antarabangsa USM Penang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki

Lima pasukan dari luar negara akan memberikan cabaran dalam Pesta Hoki Antarabangsa USM Penang 2025 akan membuka tirainya 19-21 Disember ini.

Indonesia, Sri Lanka, Pakistan, Australia dan India yang akan diwakili golongan pelajar dalam penganjuran kejohanan hoki  enam sepasukan terbesar yang kini memasuki edisi ke-48.

Advertisement

Pengerusi Pesta Hoki USM, A Runeshwaran, menjelaskan bahawa kejohanan ini dikelolakan sepenuhnya oleh pelajar.

"Sebelum ini hanya satu pasukan dari luar negara.

"Mereka dapat mengumpul termasuk peserta dari luar negara menerusi rangkaian hubungan mereka sendiri selain maklumat daripada penyertaan yang lalu.

Tambah Timbalan Pengarah Sukan dan Rekreasi USM, Mohd Hafezi Mat Zain, berkata penganjuran ini memberi manfaat besar kepada pelajar-pelajar.

"Tujuan kami juga ingin memberi pendedahan dalam aspek holistik, keusahawanan, keseimbangan dan berfikir kepada pelajar.

"Saya harap kehadiran pasukan luar negara
dapat beri input terbaik dalam kejohanan ini dan menaikkan dan taraf hoki negara," katanya. 

 Edisi kali ini mengekalkan sembilan kategori di pelbagai peringkat umur dengan menawarkan hadiah kemenangan RM30,000. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video