Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ligue 1: Lens huni puncak liga susulan lakar kemenangan ketujuh berturut-turut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Ligue 1: Lens huni puncak liga susulan lakar kemenangan ketujuh berturut-turut

Lens meraih kemenangan ketujuh berturut-turut dalam menewaskan Toulouse 3-0 sekaligus kini berkelebihan empat mata di puncak Ligue 1.

Lens berada di puncak sejak 30 November dan dijangka kekal sehingga minggu hadapan usai tamat Piala Perancis.

Advertisement

Selepas 20 minit permainan bermula, perlawanan sudah mula memihak Lens apabila penyerang Toulouse, Emersonn, dilayangkan kad merah atas terjahan terhadap Odsonne Edouard.

Lens tidak menggunakan kelebihan pemain sehinggalah permulaan separuh masa kedua apabila dia mula menceroboh benteng pertahanan Toulouse.

Wesley Said memecah kebuntuan pada minit ke-57 sebelum kapten pasukan, Adrien Thomasson, menggandakan jaringan lima minit sebelum tamat permainan.

Pierre Ganiou memastikan mata penuh menerusi sentuhan jaringan yang cukup kemas pada minit ke-90.

Must Watch Video