Penyerang Kuala Lumpur (KL) City, Zhafri Yahya, mengakui kehadiran jurulatih, Risto Vidakovic, membantu dirinya untuk tampil dengan lebih variasi dalam aspek serangan dan mengekalkan konsistensi sepanjang aksi 90 minit di atas padang.
Dia turut menjelaskan tunjuk ajar dan teknikaliti daripada aspek 'positioning' yang berkualiti, merupakan antara kunci mengapa pemain selesa di bawah kendalian jurulatih dari Bosnia itu.
Advertisement
Zhafri juga menegaskan keberadaan tiga serangkai bersama Paulo Josue dan Haqimi Azim menjadi antara kombinasi terbaik untuk menggempur kubu Kuching City.
"Untuk saya sangat positif, kami lihat jurulatih ada pelbagai taktikal. Pemain sedia ada juga dia bijak gunakan untuk kenalpasti kekurangan pasukan lawan.
"Posisi bertahan dan serangan saya banyak belajar," katanya.
Sementara itu, Haqimi Azim pula, enggan terlalu terbuai dengan kemenangan pingat gangsa di Sukan SEA Thailand baru-baru ini, sebaliknya berhasrat untuk ditempatkan dalam kesebelasan utama bertemu The Cats esok.
"Saya beryukur dapat Kembali Bersama KL City, cerita di Bangkok sudah habis dan sekarang focus bantu KL.
"Saya perlu bersaing untuk raih tempat saya di KL. Saya harap kemenangan berpihak kami menentang Kuching City nanti." ujarnya.
