Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Yusri Che Lah puas Imigresen teruskan rentak garang

j

Ketua jurulatih Imigresen, Yusri Che Lah, memuji persembahan anak buahnya selepas membenam DPMM di Kangar, sebentar tadi.

Kemenangan 3-1 itu mengukuhkan kedudukan mereka dalam melunaskan tempat keenam Liga Super, lebih-lebih lagi pemain-pemain meneruskan momentum kemenangan 5-0 ke atas PDRM minggu lalu.

Advertisement

"Syukur dapat mengalahkan DPMM di laman sendiri yang merupakan pencabar kami di pertengahan liga.

"Saya bangga dengan prestasi pasukan pada malam ini, biarlah kami meraikan kemenangan ini dalam kesukaran merebut pertengahan liga," katanya selepas perlawanan.

 

 

 

Hujan yang turun dimanfaatkan DPMM untuk menembusi gawang tuan rumah pada minit ke-10 permainan melalui Jordan Murray, namun pantas diimbangi oleh penyudah Wilmar Jordan.

Tuan rumah di depan melalui Fazrol Danel yang hanya memerlukan lima minit untuk mencatat nama selaku penjaring dalam separuh masa kedua.

Dan Fayadh zulkifli menemui penutup sempurna untuk pasukannya melakar kemenangan pertama di Stadium Tuanku Syed Putra.

 

 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video