Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Super: Yusri Che Lah di Imigresen selamat, kedudukan K Devan di Melaka kian goyah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga Super

Ketua jurulatih Imigresen, Yusri Che Lah, berterima kasih kepada barisan pemainnya yang berjuang habis-habisan bagi merealisasikan misi tiga mata di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Dua jaringan 'The Mighty Tigers' disumbangkan oleh dua tenaga import, Eduardo Sosa serta Joao Pedro -- masing-masing pada minit ke-25 dan 31 permainan.

Advertisement

Selepas kemenangan ketiga itu, Imigresen melonjak ke tangga kesembilan Liga Super dan mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap peranan Yusri dalam memacu pasukan.

"Terima kasih kepada pihak pengurusan yang masih berkeyakinan terhadap (khidmat) saya.

"Walaupun apa pun yang berlaku ketika ini, sokongan mereka berterusan hingga pemain faham dengan situasi yang melanda.

"Malam ini saya tidak perlukan menunggu keputusan (menentang) Kelantan TRW (dua perlawanan lagi), sebaliknya cukup dengan apa yang telah kami persembahkan," katanya selepas menewaskan Melaka FC.

Dalam masa sama, pengendali berpengalaman berusia 64 tahun, K Devan, menegaskan bahawa sudah lakukan yang terbaik dalam usaha bantu skuad Hang Tuah memperbaiki kedudukan carta.

Rombakan perlu dilakukan dengan membawa masuk beberapa pemain tempatan dan import berkualiti bagi memperkuatkan pasukan menjelang jendela perpindahan kedua yang akan dibuka bermula 5 Januari depan.

 


Kekalahan itu juga menyaksikan Melaka kini menghuni kedudukan ke-12 dan hanya mencatatkan satu kemenangan dengan enam kutipan mata selepas 11 perlawanan.

"Pertahanan kami selalu bolos awal dan menjadi faktor kami bermain dalam keadaan tertekan selain pasukan lawan bermain dengan kuota penuh pemain import.

"Saya serahkan kepada pengurusan, saya sudah buat yang terbaik dan apabila tidak menang -- bebannya ke atas jurulatih -- tapi kita kena kaji sebab apa tak menang.

"Terpulang kepada pengurusan, apa yang terbaik untuk pasukan akan saya turuti,"  katanya pula.

 

 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video