Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Vidakovic tak ambil mudah cabaran skuad Hang Tuah di Paya Rumput

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl city

Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Risto Vidakovic, menjangkakan perlawanan sukar menanti pasukannya menjelang aksi minggu ke-11 Liga Super 2025/26 bertemu Melaka di Stadium Hang Jebat pada 30 November depan.

Risto mengingatkan anak buahnya agar berwaspada dengan cabaran yang bakal ditampilkan pihak lawan meskipun skuad kendalian K. Devan itu masih belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam kempen liga setakat ini.

Advertisement

Pengendali kelahiran Bosnia Herzegovina itu turut mengesahkan pasukannya bebas daripada sebarang isu kecederaan, namun terpaksa melupakan khidmat tonggak tengah, Syamer Kutty Abba, yang berdepan penggantungan kad kuning.

The City Boys kini menghuni kedudukan ketiga liga dengan kutipan 20 mata hasil daripada enam kemenangan dan dua kali seri selain belum lagi tewas selepas mengharungi lapan perlawanan.

"Para pemain bekerja keras dan tiada  pemain yang mengalami kecederaan, tetapi selepas sekian lama tidak beraksi sentiasa menjadi cabaran buat kami untuk menyiapkan pasukan.

 

 

 

"Saya rasa pasukan dalam keadaan terbaik, setiap perlawanan sukar. Kami perlu terus berjuang.

"Mereka (pasukan lawan) akan terus mencuba meraih mata di laman sendiri dan saya percaya ia akan menjadi perlawanan yang sengit." katanya.

KL kini berada dalam kelompok tiga terbaik dalam kempen liga dengan 20 mata selepas lapan perlawanan.

Must Watch Video