Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Tugas pertama bersama Selangor, Kim Pan-gon diserbu peminat di Brunei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

KPG

Ketua jurulatih baru Selangor, Kim Pan-gon, akan memulakan tugasan pertamanya mengetuai kelab dalam Liga Super apabila menentang DPMM di tempat lawan, malam ini.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu sah menerajui Gergasi Merah menggantikan Katsuhito Kinoshi, sementara Christophe Gamel menggalas tanggungjawab selaku pengarah teknikal.

Advertisement

Ketibaan jurulatih kelahiran Korea Selatan di lapangan terbang Brunei disambut meriah oleh peminat tempatan yang tidak melepaskan peluang bertemu dan mengambil gambar bersama.

Selangor dalam misi memperbaiki kedudukan untuk menembusi kelompok tiga terbaik liga dengan Kuching City menjadi halangan.

Dalam aksi terdahulu, Selangor berjaya mengutip tiga mata penuh tatkala menewaskan DPMM 3-0 di Petaling Jaya, Ogos tahun lalu. 
 

Must Watch Video