Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Terkejut! Rasa macam menang piala -- Jurulatih KL City

Dollah

Legenda bola sepak negara yang kini mengemudi Kuala Lumpur (KL) City, Datuk Dollah Salleh, menyanjung tinggi kepimpinan pemain senior dalam bilik persalinan apabila memainkan peranan penting ketika menumbangkan DPMM 1-0 dalam perlawanan Liga Super di laman sendiri semalam.

The City Boys menjadi tumpuan umum susulan kontroversi yang melanda pasukan ketika aksi pembukaan liga -- dengan Negeri Sembilan diberikan kemenangan percuma ekoran kegagalan skuad Warga Kota itu membariskan pemain yang tidak mencukupi -- sebelum dibelasah Kuching City dalam perlawanan seterusnya.

Dengan permasalahan awal musim tidak merencatkan prestasi tuan rumah untuk segara bangkit dan melakar kemenangan pertama, sekali gus menyuntik motivasi untuk terus memandang ke hadapan menjelang aksi selepas ini.

KL City yang beraksi dengan 10 pemain selepas Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah pada penghujung saingan masih mampu memecah kebuntuan apabila perlu berterima kasih Mr. Kuala Lumpur, Paulo Josue, dengan meledak gol kemenangan pada masa kecederaan permainan.

"Sebelum ni nampak murung sedikit.

"Saya pun tak mahu melihatnya (isu) sebelum ini.

"Tetapi, hari ini (malam tadi) agak berbeza. Ia, terasa seperti menjuarai piala!

"Saya tak pernah meraikannya seperti ini.

"Saya nampak pasukan ini masih jauh. Persiapan agak huru-hara," katanya di Nadi Weekend.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memuat naik laporan baru-baru ini apabila juara Piala Malaysia 2021 itu akhirnya bebas daripada sekatan perpindahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sekali gus membolehkan kelab ibu kota itu menandatangani pemain lain.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement