Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Terengganu terus tagih khidmat Haqimi Azim, Eddy Gapil tabik semangat juang Sang Saka Biru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

PDRM

Pengakhiran 2025 penuh duka namun permulaan 2026 yang menggembirakan!

Itu menjadi ungkapan terbaik buat Terengganu yang tewas 0-2 di tangan Penang sebelum bangkit menewaskan PDRM 1-0 gol dengan Stadium Majlis Perbandaran Selayang menjadi saksi langkah kanan aksi pertama pengendali mereka, Tengku Hazman Raja Hassan.

Advertisement

Ternyata pemangku ketua jurulatih Terengganu, Tengku Hazman, beranggapan kehadiran pemain sayap muda, Haqimi Azim, yang baru menyertai latihan pada Jumaat lalu sebagai kunci kemenangan sekali gus menagih lebih lagi daripada Haqimi menuju perlawanan akan datang.

"Saya gembira dan saya merancang kehadiran dia, saya tahu dia lama tidak beraksi. Mungkin pengalaman di peringkat antarabangsa dia mampu gunakan dan dia berikan malam ini," katanya.

 

 

 

Sementara itu, meskipun PDRM tewas dan dalam masa yang sama kelab sedang melalui situasi sukar, ketua jurulatih PDRM, Eddy Gapil, tetap berbangga dengan persembahan anak buahnya.

Harapan Eddy hanya satu, supaya semua pemain ketika ini dapat kekal berjuang bersama Sang Saka Biru hingga saingan Liga Super 2025/25 berakhir.

"Seringkali saya katakan saya hormati pemain yang tetap bersama dengan pasukan. Saya rasa tiada perkataan lain selain ucapan terima kasih. Saya harap pemain tetap ada sehingga habis musim." tambahnya.

Must Watch Video