Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Terengganu putih mata lepaskan peluang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga Super

Badrul Afzan Razali merumuskan kegagalan jentera serangan menterjemahkan peluang menafikan mereka untuk mencetak tiga mata di Gong Badak, malam tadi.

Menurut ketua jurulatih skuad Peteh itu, pemain import tengah dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov, tenggelam dengan prestasinya yang menyaksikan jaringan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob di hujung permainan mengikat kedudukan 1-1 setelah Petrus Shitembi buat Kuching City ketika memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke-44.

Advertisement

Gol lewat itu secara tidak langsung membuatkan situasi permainan kian tegang yang menyaksikan kedua-dua pasukan kehilangan Safwan Mazlan dan Filemon Anyie Standly yang diperintah keluar padang.

"Kami tidak bermain dalam separuh masa pertama dan bangkit dalam babak kedua.

"Saya tahu kualiti (dimiliki) Nurillo tapi malam ini dia tidak bermain dengan sepatutnya.

"Dia tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Posisi lain boleh ditampung lagi tapi kalau (posisi) Nurillo kena tengok balik.

 

 

 

"Kami mencipta peluang tapi tidak dapat menjaringkan gol," katanya.

Tambah ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sahrin Sahak: "Kami menguasai permainan dengan baik cuma melakukan kesilapan mudah di penghujung permainan.

"Pemain gantian pula tidak memberi kesan berikutan pengalaman cetek.

"Kami baru beraksi dalam (separuh akhir) Piala FA jadi kami memerlukan rehat sebelum persiapan bertemu Melaka."

 

Must Watch Video