Penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi, ternyata gembira apabila berjaya membantu pasukannya kekal rekod bersih tanpa bolos dalam kempen Liga Super musim ini.
Penjaga gol Harimau Selatan itu menjelaskan kejayaan yang diraih itu merupakan hasil kerjasama erat sepasukan yang sentiasa berusaha untuk mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan dihadapi.
Dalam pertemuan menentang Terengganu pada Ahad, Syihan berjaya menggagalkan peluang keemasan Skuad Peteh mendapatkan jaringan selepas menafikan sepakan penalti yang diambil Mateus De Jesus pada minit ke-66 perlawanan.
"Alhamdulilah, semua rezeki. Saya berikan 100 peratus dalam dan luar padang. Saya nak beri pujian kepada barisan pertahanan juga.
"Saya harap doa baik-baik, masa masih panjang dan perlawanan masih banyak lagi." katanya.