Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin, berasakan pasukannya perlu belajar menerima kekalahan meskipun sudah mempamerkan aksi terbaik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Aksi yang berakhir dengan keputusan tewas tipis 0-1 kepada Selangor itu menyaksikan kedua-dua peluang mempunyai peluang sama rata untuk mencipta jaringan bagi merebut kedudukan kedua terbaik dalam carta Liga Super 2025/26 selepas saingan minggu ke-18.
Advertisement
"Pertama sekali, tahniah kepada Selangor kerana meraih tiga mata namun saya rasa pemain-pemain saya tidak sepatutnya kalah.
"Kami mencipta banyak peluang dan mengawal permainan dengan baik tetapi inilah bola sepak, kami perlu terima dan belajar daripada kekalahan ini.
"Ini juga merupakan kekalahan ke-3 kami dalam saingan liga. Jadi saya tetap memberikan pujian kepada para pemain saya atas usaha dan sumbangan mereka.
"Mereka bekerja sangat keras malam ini untuk memastikan kualiti permainan Kuching City." katanya.
Jaringan tunggal Selangor hadir menerusi Chrigor Moraes pada minit ke-86.