Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Super: Selangor, PDRM kongsi satu persamaan menjelang tahun depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Gamel

Kemenangan 3-1 ke atas PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) semalam menyaksikan Selangor mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan serta mengumpul 22 mata dalam Liga Super.

Sementara itu, nasib malang terus menimpa skuad Sang Saka Biru apabila kekalahan itu menjadi yang ketujuh berturut-turut, sekali gus terus berada di kedudukan tercorot liga dengan hanya enam mata.

Advertisement

Dua penerimaan berbeza daripada kedua-dua ketua jurulatih, namun mereka berkongsi hasrat yang sama -- mahu manfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapatkan khidmat pemain baru ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) dibuka.

Bagi Christophe Gamel, strategi lebih tertumpu mengikut kesesuaian kumpulan pemain yang sudah tersedia ada yang ditinggalkan Katsuhito Kinoshi.

Kini, dia berpeluang melamar pemain yang dirasakan lebih tepat untuk mengadaptasi taktikal permainannya khusus di bahagian tengah.

"Objektif kami adalah untuk mencari dua kekosongan yang ditinggalkan (Willian Lira dan Kevin Deeromram).

"Ia sangat penting. Dalam organisasi saya, kami menjumpai profil yang menarik.

"Jika kami mahu pergi jauh, kami harus mendapatkan yang terbaik.

"Berkemungkinan pemain baru akan bermain di posisi tengah," katanya di Nadi Arena.

Bagi Eddy Gapil pula, usaha mendapatkan pemain sememangnya perlu untuk mereka memperbaiki prestasi pada masa akan datang dan perbincangan telah pun berjalan.

Namun yang menjadi lebih keutamaan ialah, dia berharap pihak pengurusan PDRM dapat menyelesaikan isu tunggakan gaji yang melanda ketika ini.

"Kami ada senaraikan beberapa pemain terutamanya tonggak tempatan.

"Tetapi ia bergantung kepada kemampuan dan perancangan kelab," katanya. 

Must Watch Video