Sebagai rekod, kali terakhir Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan keputusan seri dalam saingan liga ialah ketika terikat 1-1 dengan PDRM pada 31 Julai 2024.
Dan, Terengganu muncul selaku kelab yang sekali lagi mencalarkan rekod kemenangan bersih JDT musim ini apabila mengikat juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu 1-1 dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) semalam.
Advertisement
Hasrat Harimau Selatan untuk melebarkan 21 kemenangan bersih tidak kesampaian tatkala kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Bercakap selepas aksi, pemangku jurulatih Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan, syukur anak buahnya mempamerkan persembahan terpuji meskipun kehilangan beberapa tonggak utama menghadapi gergasi Liga Malaysia (Liga-M) itu di kubu keramat mereka.
"Sejujurnya saya tak sangka begini.
"Jika berkata soal realiti, saya mahu mengurangkan jumlah bolos.
"Saya berikan kredit buat pemain-pemain baharu yang diberikan peluang dan menjalinkan kombinasi permainan dengan pemain sedia ada.
"Ia, amat baik buat kami.
"Ada baki empat perlawanan lagi.
Terengganu FC muncul pasukan pertama yang berjaya mencuri satu mata dari Stadium Sultan Ibrahim! 🔥
Sorotan penuh perlawanan kini tersedia di Youtube Astro Arena. #LigaSuper2526 #DemiLigaKita pic.twitter.com/mnL9Tibi45— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) April 11, 2026
"Sebenarnya, kami tidak boleh melakukan persiapan dengan baik sebelum bertemu JDT.
"Lima pemain dipanggil skuad kebangsaan sebelum ini. Tiga orang pula menjalani penggantungan.
"Kekangan juga untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya buat dalam masa sebulan.
"Inilah hasilnya," katanya.