Selangor mahu meneruskan rentak kemenangan di bawah bimbingan ketua jurulatih, Kim Pan-gon, sementara Melaka mahu keluar daripada kelompok bawahan liga menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Hang Jebat malam ini.
Bukan hanya ada cerita 'reunion' antara ketua jurulatih iaitu E. Elavarasan dan pengendali dari Korea Selatan itu, tetapi ada juga kisah tentang bekas pemain Gergasi Merah, V. Ruventhiran, juga akan turun menghadapi bekas pasukannya itu.
Advertisement
"Satu penghormatan dapat bermain bersama pasukan negeri seperti Melaka.
"Ia, akan menjadi pertembungan besar.
"Kami mahu memperbaiki kedudukan dalam liga," katanya.
Fresh from Philippines 🔥
V. Ruventhiran kembali ke Malaysia selepas berkelana seketika di Filipina, kini perjuangannya bersambung bersama Melaka dan bakal beri segalanya bila berdepan bekas pasukannya iaitu Selangor di Stadium Hang Jebat 🔥🔥
More on @ASTROARENA pic.twitter.com/TPhggW2qcx— Kamal Nizam (@kamalnizamm) February 28, 2026
Dalam pada itu, Ruventhiran yang juga baru kembali ke Malaysia selepas berkelana di Filipina bersama pasukan Aguilas-Umak berharap dapat menggunakan segala yang dipelajari di sana, sekali gus membalas kepercayaan Elavarasan di Melaka.
"Saya sangat gembira kembali ke Malaysia.
"Saya akan menggunakan pengalaman di Filipina dan membalas kepercayaan jurulatih," katanya lagi kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.