Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Satu lagi kemenangan, JDT 'main bunga api' buat kali ke-12 berturut-turut

jdt

Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan gelaran juara Liga Super buat kali ke-12 berturut-turut.

Perkara itu dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "JDT 4-0 Penang, hanya satu lagi kemenangan, Liga Super ke-12 menanti di Bandar Seri Begawan, 15 Mac ini." katanya.

Advertisement

Anak buah Xisco Munoz itu kini berada di puncak Liga Super 2025/26 dengan 54 mata daripada 18 perlawanan selepas menewaskan Penang 4-0 dalam saingan minggu ke-19 itu malam tadi.

 

 

 

Lebih manis lagi, kemenangan itu diikuti dengan rekod 35 kemenangan tanpa kalah dalam saingan liga sejak Ogos 2024, selain menjadi pasukan paling lama tidak tewas iaitu sebanyak 102 perlawanan.

 

 

 

 

Pencabar terdekat adalah Kuala Lumpur City di kedudukan kedua dengan 36 mata diiukuti Selangor yang mengumpul 35 mata.

Must Watch Video