Sabah melakar kebangkitan untuk menewaskan Terengganu 3-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebentar tadi.
Selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-3 di tangan DPMM pada Sabtu lalu, Sang Badak sedar mereka perlu kembali ke landasan kemenangan tetapi sekali lagi berdepan kesukaran pada awal permainan.
Advertisement
Kerapuhan benteng mereka dihukum Terengganu dalam babak pertama menerusi jaringan bintang sensasi, Akhyar Rashid, pada minit ke-34.
Bagaimanapun, Fergus Tierney memastikan pelawat tidak ketinggalan sebelum ke bilik persalinan apabila menyamakan kedudukan dalam waktu kecederaan separuh masa pertama.
Sabah melengkapkan kebangkitan mereka menerusi gol berganda Ajdin Mujagic dalam babak kedua, masing-masing pada minit ke-74 dan 90, sekali gus menghimpunkan 13 mata daripada 12 perlawanan untuk menduduki tangga kelapan liga.
