Tular di TikTok menyaksikan difahamkan pemain import Terengganu, Manuel Ott, terlibat dalam kemalangan Jumaat lalu sebelum menentang juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam perlawanan Liga Super di Gong Badak malam ini.
Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan susuk tubuh tonggak kebangsaan Filipina itu mujur tidak mengalami sebarang perkara merisaukan, namun status sama ada diturunkan atau tidak malam ini belum diketahui setakat ini.
Dalam masa sama, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, turut memaklumkan skuad Peteh kehilangan seramai lima pemain akibat kecederaan menjelang aksi hangat bertemu Harimau Selatan.
Pasukan bimbingan Nafuzi Zain itu memburu kemenangan selepas mencatatkan dua keputusan seri dalam aksi liga sebelum ini. Malah, Sang Penyu mahu segera bangkit berikutan tersingkir dalam Piala FA bulan lalu.