Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Liga Super: PDRM tamatkan kemarau 154 hari tanpa kemenangan, Kelantan TRW sekali lagi jadi mangsa

keeper pdrm

PDRM menamatkan kemarau kemenangan sepanjang 13 perlawanan apabila menewaskan Kelantan The Real Warrior (TRW) 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Selayang sebentar tadi.

The Cops tidak memenangi sebarang perlawanan sejak kali terakhir melakukannya, juga ke atas TRW, dengan kemenangan 3-1 di venue sama pada 20 September lalu.

Advertisement

Selepas itu mereka melalui 154 hari tanpa kemenangan, bahkan hanya seri sekali -- mengikat Kuala Lumpur City 1-1 hujung bulan lalu -- sepanjang tempoh itu.

Dalam perlawanan kali ini, Eizrul Ashraf muncul wira Sang Saka Biru apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-27.

Bagaimanapun, PDRM masih terperangkap di dasar liga dengan hanya 10 mata selepas 17 perlawanan.

 

Must Watch Video