KUCHING CITY 2 NEGERI SEMBILAN 0
Kuching City memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam kempen minggu ke-17, Liga Super 2025/26 di Stadium Negeri, Kuching, sebentar tadi.
Advertisement
Skuad The Cats lebih dominan menguasai permainan dalam separuh pertama sehingga Gabriel Nistelrooy membuka tirai jaringan selepas memanfaatkan salah faham benteng pertahanan The Jang untuk memastikan pasukan tuan rumah mendahului 1-0.
Kuching City merekodkan Sembilan percubaan dalam babak pertama namun tiada penambahan jaringan sehingga kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan.
Anak buah Aidil Syarin terus mengasak pasukan pelawat dalam babak kedua, namun larian Ronald Ngah Wanja yang bijak menghidu peluang dalam ruangan yang sempit membuahkan hasil untuk menewaskan Azri Ghani buat kali kedua.
Keputusan 2-0 itu kekal hingga wisel penamat untuk Kuching memastikan Negeri Sembilan terpaksa akur dengan kekalahan keenam dalam kempen liga selepas 16 perlawanan.
Manakala, kemenangan itu meletakkan Kuching berada di kedudukan kedua liga dengan 31 mata.
(KEMASKINI) KEPUTUSAN LAIN:
KELANTAN TRW 1 PENANG 1
DPMM 1 MELAKA 1