Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Negeri Sembilan hilang dua mata -- Nidzam Jamil luah kecewa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Nidzam Jamil

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, berkata pasukannya kehilangan dua mata apabila diikat seri pada saat-saat akhir oleh Terengganu dalam perlawanan Liga Super di Paroi semalam.

Dalam perlawanan itu, Terengganu terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Kyaw Min Oo dilayangkan kad merah seawal minit ke-12 dan kesempatan itu dimanfaatkan tuan rumah untuk berada di depan pada penghujung babak pertama menerusi sentuhan penyudah Luqman Hakim Shamsudin.

Advertisement

Bagaimanapun, skuad Jang itu gagal menambah jaringan sepanjang babak kedua dan dihukum dengan jaringan penyamaan Ubaidullah Shamsul Fazili pada penghujung permainan.

Nidzam mengakui kecewa dengan keputusan itu tetapi berkata beraksi dengan kelebihan seorang pemain bukanlah lebih mudah seperti yang ramai sangkakan.

"Kami hilang dua mata, sudah pasti Terengganu pasukan yang lebih baik tetapi bermain menentang 10 pemain, kami perlu lebih tahu bagaimana untuk menguruskan taktikal dan bagaimana untuk mematikan permainan.

"Walaupun bermain dengan 10 pemain, Terengganu masih boleh menguasai bola dengan baik dan memberikan ancaman.

"Kalau kami sedikit naif dalam satu-dua situasi dan dalam perincian kecil, ia akan membunuh segalanya.

"Kami perlu membesar dan belajar banyak perkara," katanya.

 

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video