Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Super: Melaka rombak pasukan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Melaka

Melaka mengambil pendekatan berbeza?

Selepas bekas ketua jurulatihnya, Datuk K. Devan, dan penolongnya, S. Subramaniam, meletakan jawatan, terma dalam kontrak pengurusan Melaka bakal terpakai kepada barisan kejurulatihan yang baru.

Advertisement

Presiden Melaka, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, mendedahkan kegagalan Devan melepasi sasaran 15 mata minimum memasuki pertengahan musim membawa kepada kemungkinan pembayaran pampasan perlu dilakukan Devan.

Ia adalah syarat dan terma yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, ketika Melaka menyerahkan sepenuhnya keputusan pemilihan pemain tempatan dan import di tangan ketua jurulatih yang lebih arif untuk mencorakkan pasukan.

"Sebenarnya kami memohon Devan mengendalikan pasukan sehingga bertemu Selangor sebelum ini tetapi dia berkata tidak boleh meneruskan.

"Mungkin disebabkan pemain yang dipilih tidak membantu kejurulatihan. Sepatutnya apabila jurulatih sendiri memilih pemain itu, pemain tersebut haruslah bermain untuk jurulatih.

"Persembahan mereka semakin menurun meskipun gaji dibayar dua kali sebulan. Saya rasa Devan meninggalkan pasukan atas sebab-sebab tertentu.

"Mungkin dia sendiri tahu bahawa Melaka tidak boleh pergi jauh," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Pendekatan yang sama akan terus dikekalkan melibatkan barisan kejurulatihan yang baru.

Dengan kekosongan yang ditinggalkan, beberapa pemain yang dibatalkan kontrak dan perubahan pemain import membawa kepada kekosongan lima posisi dalam pasukan termasuk ketua jurulatih sendiri.

"Saya akan mengumumkan kehadiran jurulatih baru tidak lama lagi setelah kita menyelesaikan pertukaran pemain import.

"Kami akan menamatkan kontrak mereka yang tidak memberi persembahan terbaik," tambahnya.

Difahamkan, bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan, E. Elavarasan, berada dalam radar Melaka yang dijangka bakal diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Must Watch Video