Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Liga Super: Melaka gilir pemain hadapi dua ujian getir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Malaysia, Liga Super, Liga-M

Melaka tampak mengucapkan terima kasih kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) walaupun mereka dibelasah 0-5 dalam perlawanan terakhir membabitkan aksi dalam suku akhir pertama Piala Malaysia.

Pengendalinya, E. Elavarasan, mengakui pertemuan itu menjadikan skuad Hang Tuah lebih bersedia untuk menghadapi Terengganu dalam aksi Liga Super di laman sendiri pada malam ini.  

Advertisement

"Selepas kekalahan kepada JDT, kami sedar tahap mereka sudah berbeza.

"Tapi sebenarnya JDT membantu kami untuk melalui persiapan yang lebih baik," katanya di Nadi Weekeend.

Elavarasan yang menyertai Melaka daripada Kelantan The Real Warriors bulan lalu dijangka melakukan rombakan dalam kesebelasan utamannya susulan jadual padat bulan ini.

Ia membabitkan beberapa posisi, penjaga gol, Sam Somerville, yang dipinjamkan daripada Selangor sudah bersedia kembali memperkuatkan pasukan selepas tersisih bertemu JDT ekoran kecederaan.

"Kami kena tengok keadaannya dan seorang lagi pemain import, Kwangil Park, juga dilanda kecederaan. Keadaannya di tahap 60 peratus.

"Mudah-mudahan mereka semua sempat pulih kerana selepas ini, kami akan menghadapi perlawanan sukar bertemu JDT dan Selangor.

"Jadi ia (perjuangan kami) juga bergantung kepada bagaimana kami membuat penggiliran pemain," katanya. 
 

Must Watch Video