Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Luqman Hakim buru jaringan pertama musim ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Luqman

"Tugas saya hanya satu -- jaringkan gol"

Itulah harapan penyerang berbisa Negeri Sembilan, Luqman Hakim Shamsuddin menjelang pertemuan menentang Terengganu dalam perlawanan Liga Super minggu ke-10 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi esok.

Advertisement

Dengan statistik turun dalam lima aksi selaku kesebelasan utama, bekas tonggak Harimau Muda itu sedia memikul tanggungjawab membantu skuad Jang melakar keputusan positif, sekali gus meraih gol sulung musim ini.

"Bagi saya, peranan yang dipegang mudah, cuma saya mahu menjaringkan gol.

"Semestinya, saya mahu membuka tirai jaringan peribadi. Insya-Allah saya akan buat yang terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Luqman Hakim mengakui pasukan hebat dari Pantai Timur itu lebih ampuh, namun skuad kendalian Nidzam Jamil itu juga memiliki peluang untuk memintas kedudukan Sang Penyu yang dibezakan satu mata sahaja, dan menembusi kelompok tiga terbaik liga.

"Yang pasti, kami mahu mendapatkan tiga mata," katanya lagi.

Must Watch Video