Pasukan di tangga kedua Liga Super, Kuching City, mempunyai tempoh 10 hari untuk menjalani persiapan lebih rapi sebagai persediaan menguji Johor Darul Ta'zim (JDT).
Selepas merakamkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan The Real Warriors di Kota Bharu malam tadi, ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, mengakui banyak aspek yang perlu ditingkatkan untuk menghadapi juara bertahan Liga Super itu tatkala mereka hadir berbekalkan rekod lima kemenangan berturut-turut.
Advertisement
"Kami memang berhak menang walaupun tidak dapat beraksi sebagaimana yang dihajati atas sebab permukaan padang.
"Tapi kemenangan tetap kemenangan.
"Kami mencipta peluang menarik, bertahan dengan kompak, sekali lagi tidak bolos bukan mudah sebab Kelantan bermain di tempat sendiri.
"Kami perlu sentiasa bersedia sebelum pertemuan dengan JDT.
"Mereka sentiasa ampuh, lebih-lebih lagi di tempat sendiri.
"Kami perlu tingkatkan persembahan berbanding malam ini," katanya.