Pertahanan kiri Selangor, Kevin Deeromram, memilih untuk meninggalkan pasukan lebih awal menerusi persetujuan bersama meskipun kontrak sebenar berakhir pada 2028.
Menerusi satu kenyataan kelab, pemain kebangsaan Thailand itu menamatkan perjanjian selepas separuh musim bersama Gergasi Merah.
Advertisement
Punca sebenar kepada keputusan itu belum diketahui, namun difahamkan Deeromram bakal kembali ke Liga Thailand selepas ini.
Kevin Deeromram, pemain pertahanan kiri pasukan, telah mencapai persetujuan bersama kelab untuk menamatkan kontraknya selepas separuh musim bersama pasukan.
Pihak kelab ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kevin atas segala komitmen serta sumbangan yang… pic.twitter.com/JW1LJxapDU— Selangor FC (@selangorfc) December 15, 2025
Tonggak berdarah campuran Sweden-Thailand itu sudah merekodkan 18 penampilan keseluruhan bersama skuad kendalian Christophe Gamel dalam semua pertandingan domestik, termasuk Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) sambil berjaya menjaringkan empat gol.
