Dua pasukan teratas dalam saingan Liga Super 2025/26 masih belum merekodkan sebarang kekalahan lagi selepas 11 perlawanan liga.
Menjelang aksi tumpuan Kuala Lumpur (KL) City bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di laman sendiri pada Khamis depan, skuad Warga Kota berada dalam motivasi tinggi untuk terus fokus dengan rentak kecemerlangan.
Advertisement
Meskipu kelebihan di atas kertas dilihat memihak pada JDT, namun The City Boys percaya tiada yang mustahil dan rekod bersih itu mampu dicalar jika momentum pasukan ketika ini dapat dikekalkan.
ketua jurulatih KL City, Risto Vidakovic, menjelaskan aspek paling penting adalah bagaimana untuk memastikan aksi terbaik berjaya dipamerkan agar setanding prestasi skuad Harimau Selatan Ketika ini.
"Kami perlu berikan aksi terbaik kerana mereka sebuah pasukan yang bagus, jika mahu saingi mereka maka perlu berikan aksi terbaik.
"Bagaimana untuk melatih pasukan untuk berikan aksi terbaik itu antara persoalannya, jadi saya rasa hanya satu cara iaitu pamerkan aksi terbaik.
"Pasukan saya lebih bermotivasi untuk menang kerana beraksi di laman sendiri." katanya.