Pengendali Selangor, Kim Pan-gon, tidak memandang mudah cabaran yang bakal diberikan oleh Star City menjelang perlawanan pertama suku akhir Piala FA.
Malah, ketua jurulatih dari Korea Selatan itu menyifatkan Star City memiliki beberapa pemain yang dianggap berkualiti termasuk jentera serangan mereka.
Selangor menghormati dan tidak memandang enteng kemampuan yang mungkin bakal diterjemahkan oleh anak buah Mehmet Durakovic itu di Kangar, esok.
Jelasnya, semua pemain Selangor ketika ini berada di tahap terbaik tanpa sebarang masalah kecergasan mahupun kecederaan.
Dan secara tidak langsung menafikan sebarang khabar angin yang mengaitkan masalah dalaman pemain Gergasi Merah.
"Mengenali keupayaan beberapa pemain Star City terutama barisan importnya adalah pemain handalan.
"Kami tidak akan mengambil mudah cabaran daripada Star City, kami akan mengadakan persiapan rapi," katanya ketika dihubungi Astro Arena.
Pan-gon turut memuji tahap dan prestasi semasa yang dimiliki oleh kesemua pemainya bagi menghadapi cabaran dalam aksi perlawanan Liga Super.
"Siapa pun yang meniupkan khabar angin sebegini ibarat musuh kami.
"Kami tidak berantakan. Hubungan dalaman pasukan ini kekal utuh.
"Kami tidak percayakan sebarang berita negatif kerana kami sangat profesional.
"Banyak yang telah berkorban demi pasukan ini. Kesetiaan dan etika merupakan faktor yang dititikberatkan pasukan ini.
"Biarpun pasukan lawan sudah hidu taktik kami, pendekatan kami tiada bezanya dan sebarang maklumat khusus tidak akan menjejaskan kami.
"Jadi hentikan perkara yang boleh membawa keretakan pasukan," katanya.