Teguran jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, kepada anak buahnya selepas dibolosi gol nyata membuahkan hasil apabila Red Giants mengawal tempo permainan untuk memastikan pisang tidak berbuah dua kali.
"Kami begitu pasif (tidak bertindak balas).
"Sebagaimana kami kerap dibolosi ketika memiliki ramai pemain di kotak penalti musim lalu, ia berlaku lagi.
"Jadi saya tuntut agresif kerana amat penting kami tidak kehilangan tiga mata dan segera menjamin kemenangan," katanya sidang media selepas perlawanan.
Selangor menunjukkan reaksi positif dengan menundukkan Penang 3-1 di Kelana Jaya, malam tadi, sekali gus bangkit daripada kekalahan mengejut kepada Star City sebelum ini meskipun tanpa kelibat kapten, Faisal Halim.
"Dalam sesetengah perkara, kami masih dapat menampung ketiadaannya dan ini penting.
"Namun, kami kecewa tanpa khidmatnya yang akan berehat dalam tempoh yang lama.
"Saya harap agar dia segera sembuh dan menyertai pasukan kerana amat penting dia kembali sebagai pemimpin pasukan," katanya lagi.