Ketua jurulatih Melaka, K. Devan, mengakui lega apabila dapat kembali menggunakan khidmat tiga pemain import yang pulih daripada kecederaan menjelang perlawanan getir menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi minggu ke-10 Liga Super, malam esok.
Kehadiran Vitor Carvalho (pertahanan) serta duo serangan, Juan Douglas dan Bernard Arthur, pastinya mampu memberi kekuatan tambahan dalam misi pendatang baru itu untuk memburu sekurang-kurangnya satu mata di tempat lawan.
Advertisement
Jelas pengendali berpengalaman berusia 64 tahun itu, tempoh rehat selama sebulan sudah pun dimanfaatkan sebaik mungkin pasukannya bagi memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Sedar akan tugas berat menanti, Devan menggesa barisan pemainnya untuk kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan di samping tidak melakukan sebarang kesilapan mudah yang pastinya akan dihukum Harimau Selatan.
"Kami terpaksa mengatur strategi bertahan yang bagus supaya tidak mudah memberi jaringan kepada JDT.
"Kami juga perlu ada ada perancangan untuk melancarkan serangan.
"Saya harap pemain dapat fokus sepanjang persiapan ini supaya dapat beraksi dengan baik," katanya.
Untuk rekod, selepas mengharungi lapan perlawanan, Melaka kini menghuni kedudukan tercorot dengan mengumpul tiga mata hasil daripada tiga keputusan seri dan tiga tewas selain belum mencatatkan sebarang kemenangan.