Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Keluarga KL City -- Gallifuoco mahu kekalkan kedudukan tiga terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

GG

Kuala Lumpur (KL) City hanya dibolosi 10 gol dalam 12 perlawanan Liga Super selain hanya tewas sekali kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Data dan statistik itu cerminan kerja keras di sebalik tabir serta keharmonian bilik persalinan skuad The City Boys.

Advertisement

Meskipun ada tempoh skuad kendalian Risto Vidakovic itu bergelut dengan jadual padat, namun mereka masih mampu merekodkan tujuh kemenangan dan empat keputusan seri.

Kehadiran pemain berkaliber seperti Safawi Rasid dan Kpah Sherman menjadi nilai tambah jentera serangan KL City yang diketuai pemain naturalisasi Harimau Malaya merangkap penjaring gol terbanyak kelab sepanjang zaman, Paulo Josue.

"Dengan set pemain yang dimiliki, ini adalah pasukan terbaik.

"Saya berpendapat kami sangat layak untuk berada di tempat kedua atau ketiga liga.

"Saya tidak mahu meletakkan tekanan yang berlebihan," kata Giancarlo Gallifuoco kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Must Watch Video