Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kelantan TRW rehatkan Elavarasan sementara waktu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

elavarasan

Penolong pengurus Kelantan The Real Warrior, Zahar Abdul Kadir, mengesahkan bahawa E. Elavarasan,telah direhatkan daripada tugasannya selaku ketua jurulatih kelab dari Pantai Timur itu.

Dia menjelaskan pihak pengurusan kelab masih lagi belum memutuskan soal masa depan bekas penolong ketua jurulatih Harimau Malaya itu dan akan memuktamadkannya dalam tempoh masa terdekat.

Advertisement

"Saya sebagai pembantu pasukan, saya difahamkan Elavarasan masih ketua jurulatih cuba saya difahamkan oleh pengurusan dia direhatkan untuk selesaikan beberapa masalah dengan pihak pengurusan.

"Dalam masa terdekat, pihak pengurusan akan buat siding media. Dia direhatkan untuk sementara waktu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Zahar turut memaklumkan penyerang import, Ifedayo Olusegun, masih lagi bersama pasukan namun berdepan masalah visa untuk membawa keluarganya ke Malaysia.

Kali terakhir penyerang berusia 34 tahun itu beraksi ialah ketika KTRW tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur City di Cheras pada 1 November lalu.

"Ifedayo memohon cuti, dia tidak Kembali lagi ke Kelantan kerana ada masalah visa untuk membawa keluarga dia." tambahnya.

Kelantan tewas kepada Selangor 0-2 dalam kempen Liga Super 2025/26 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

 

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video