Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kapten Kelantan Red Warrior masih berharap isu sekatan perpindahan selesai

KRW

Kapten Kelantan Red Warrior (KRW), Arham Khussyairi Abdul Wahab, masih menaruh harapan tinggi untuk melihat pasukannya bebas daripada isu sekatan perpindahan pemain yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ujar tonggak pertahanan itu, yang mesra disapa Along, pihak pengurusan KRW telah berusaha sedaya upaya bagi menyelesaikan isu berkenaan demi membolehkan pemain baharu dapat dibawa masuk, sekali gus memperkuatkan KRW untuk mengharungi kempen Liga Super 2026/27.

Sedar tugas berat menanti mereka selaku pendatang baharu, Along, bagaimanapun, percaya kualiti yang dimiliki skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu mampu menghadirkan cabaran buat pasukan lawan.

Terdahulu, pada 16 Julai lalu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan KRW terpilih melengkapkan senarai 12 pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super musim baharu ini berikutan penarikan diri PDRM.

"Adakala kita perlu berbalik kepada realiti dan bagi saya ia memang agak sukar sekiranya kami masih terpalit dengan isu ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Kerana pasukan lain seperti yang kita tahu memang ada pemain berkualiti dan boleh mengambil lebih daripada lima pemain import.

"Jadi kami akan terkesan dengan isu ini tetapi apa pun, saya percaya dengan kemampuan rakan sepasukan saya, mereka pasti akan memberikan 100 peratus.

"Kami adalah pasukan baharu dalam Liga Super tetapi saya yakin dengan kemampuan yang kami ada.

"Insya-Allah kami akan memberikan saingan yang baik, sekurang-kurangnya tidak menjadi pasukan lubuk gol seperti yang dianggap ramai."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video