Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Juan Torres Garrido akui banyak perkara positif meski baru seminggu kemudi Sabah

sabah

Kehadiran pengendali baru Sabah, Juan Torres Garrido, masih gagal mencetuskan impak positif namun satu mata hasil pertemuan dengan Negeri Sembilan ini berjaya menghalang anak buah K. Rajan daripada membawa pulang tiga mata penuh.

Negeri Sembilan bermula baik dengan gol yang dicari hadir pada minit ke-33 menerusi gol rembatan penyerang import Bosnia Herzegovina, Jovan Matika, yang menerima lorongan cantik daripada Luqman Hakim .

Advertisement

"Kami menjangkakan kemenangan, semestinya perlu menambah baik lagi. Pasukan lawan mencipta peluang dengan serangan balas.

"Tetapi saya gembira bagaimana pemain beraksi malam ini. Banyak perkara (positif) walaupun baru satu minggu.

 

 

 

"Saya mahu mereka berasa yakin di atas padang dan mereka lakukan meskipun bolos satu gol awal, penyokong juga membantu mereka." katanya Juan Torres.

Sabah menerusi penyerang Perancis, Chris Marlon Ondong, berpeluang untuk menyamakan kedudukan, namun percubaannya sekadar singgah tepat di palang.

Drama tercetus pada minit ke-69, selepas S. Kumaahran, meledak gol penyamaan selepas sepakan percuma pantas dilakukan Duje Ljubic pada ketika pintu gol skuad The Jang terbuka luas gara gara penjaga gawang, Azri Ghani, keluar daripada posisi menuju pengadil untuk kemukakan bantahan susulan sepakan percuma yang diberikan kepada Sabah.

"Kami ikuti rancangan permainan kami, satu mata okay tetapi tidak cukup bagus. Kami perlu lakukan lebih baik dalam aksi berikutnya.

"Kami cipta banyak peluang tetapi tidak dapat noktahkan dengan jaringan." tambah K.Rajan.

 

 

 

 

Must Watch Video