Penyerang berprofilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, beranggapan kehadiran semula Joao Figueiredo dalam skuad Harimau selatan sebagai kepulangan yang dinanti buat dirinya.
Perkara itu selepas penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super itu mengakui 'kerja' merobek gawang lawan lebih senang dengan kebijaksanaan rakan serangannya itu.
Advertisement
"Satu penghargaan dapat beraksi dengan dia kerana dia pemain yang bijak, dia memahami pergerakan dia begitu juga dengan saya kerana dia bijak ketika beraksi.
“He’s a very clever player”, Bergson on kehadiran semula Joao Figueiredo dalam skuad JDT. @ASTROARENA pic.twitter.com/ULSGvm0BnI
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 30, 2026
"Saya gembira buat Hector Hevel dan Joao untuk membantu kami, saya gembira mereka kembali ke padang dan berharap dapat terus beraksi bersama mereka," katanya.
Figura Bergson dan Figueiredo membuktikan mereka sebagai gandingan berbisa menerusi gol kedua ketika bertemu Shan United di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.
Pertemuan itu menyaksikan pasukan tuan rumah terpaksa menunggu babak kedua untuk meraih jaringan dengan kemasukan Bergson memberikan impak segera menerusi tiga gol dalam tempoh enam minit.