Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan dominasi dalam saingan Liga Super Malaysia 2025/26 apabila memberikan kekalahan besar kepada Penang FC dengan keputusan 4-0 di Stadium Bandaraya, George Town malam tadi.
Harimau Selatan membuka jaringan seawal minit keenam menerusi pemain import Marcos Guilherme, memberikan kelebihan awal buat JDT.
Advertisement
Gol kedua hadir pada minit ke-35, hasil jaringan Bergson da Silva yang menerima hantaran kemas dari Oscar Arribas.
Selepas rehat, Bergson sekali lagi menemui jaringan pada minit ke-68, melebarkan jurang gol.(
Gol penutup JDT dicatatkan oleh Arribas pada masa kecederaan babak kedua untuk memastikan keputusan 4-0.
Keputusan ini mengekalkan rekod cemerlang Harimau Selatan dalam liga, sambil menambah tekanan kepada barisan Harimau Kumbang yang gagal meraih sebarang gol di laman sendiri.