JDT 7 KL CITY 0
Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, belum mahu menjawab teka-teki status anak buahnya, Manuel Hidalgo, termasuk Bergson da Silva yang dikaitkan sudah mendapat pasport Malaysia.
Advertisement
Hidalgo menyinar dalam kemenangan 7-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk melakar ke-23 musim ini ke atas 10 pemain Kuala Lumpur City.
Begitupun, Munoz enggan mengesahkan desas-desus itu sambil menyambut dengan tangan terbuka sekiranya pemain kelahiran Argentina berusia 26 tahun itu boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan kelak.
"Ya. Ia satu lagi perkembangan yang akan kita ketahui.
"Adalah menjadi satu perkara positif apabila Hidalgo mempunyai kapasiti untuk mendapatkan pasport Malaysia memandangkan mereka berdua (Bergson) adalah pemain yang bagus dan mempunyai kaitan dengan Malaysia.
"Dan positifnya dia berada di dalam pasukan kami," katanya selepas perlawanan.