Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Itu pandangan peribadi saya -- Penolong pengurus Kelantan TRW

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

TRW

Penolong pengurus Kelantan The Real Warrior, Zahar Ab Kadir, tampil menegaskan kenyataan berikutan keputusan merehatkan ketua jurulatih, E. Elavarasan, daripada tugas mengemudi kelab dari Pantai Timur itu.  

Terdahulu, Zahar Ab Kadir memberikan penjelasan terkini berkenaan situasi semasa melibatkan bekas penolong jurulatih Harimau Malaya itu menurut laporan Stadium Astro semalam.

Advertisement

Dia dalam perkembangan sama turut mengakui kesilapan kenyataan berkaitan ketiadaan pemain import, Ifedayo Olusegun Omosouyi.

Namun, Zahar menegaskan itu sekadar pendapat peribadinya, dan tidak mewakili kelab tersebut.

"Selaku pembantu pengurus, saya ingin membuat penjelasan berhubung kenyataan yang telah disiarkan.

"Segala kenyataan yang dikeluarkan oleh saya dalam laporan tersebut adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi kelab.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam sebarang proses pengurusan kelab, dasar kelab, atau keputusan rasmi berkaitan barisan kejurulatihan dan operasi pasukan.

"Peranan saya adalah hanya membantu apabila diperlukan, dan tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau pengesahan bagi pihak kelab.

"Saya memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul dan menghormati segala proses serta kenyataan rasmi yang hanya boleh dikeluarkan oleh pihak pengurusan tertinggi kelab atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

"Saya komited untuk memastikan segala komunikasi selepas ini mematuhi prosedur kelab dan tidak mengulangi perkara yang boleh menjejaskan imej atau reputasi TRW," katanya kepada Stadium Astro hari ini.

Ketika ini, The Real Warriors ketika ini sedang dibimbing sementara oleh Akmal Rizal Rakhli bagi meneruskan cabaran dalam kancah domestik.

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video