Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: I love you so much! -- Akhyar Rashid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akhyar rashid

Bintang sensasi Terengganu, Akhyar Rashid, mendedikasikan jaringannya dalam dua perlawanan berturut-turut buat isteri tercinta, yang juga merupakan pelakon, Eyka Farhana, yang kini sedang hamil anak sulung mereka.

Golnya ketika bertemu Melaka di Stadium Hang Jebat malam tadi sememangnya lebih bermakna apabila skuad Peteh itu meraih tiga mata berharga menerusi kemenangan 2-1.

Advertisement

"Syukur Alhamdulillah, ini jaringan pertama saya dalam bulan Ramadan ini. Saya bersyukur sangat atas kemenangan malam ini walaupun kami masih dibolosi satu gol," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Dua gol ini sangat bermakna untuk saya dan isteri, yang sentiasa memberikan sokongan.

"Saya harap dapat kekalkan momentum ini untuk menjaringkan gol secara berterusan.

"Macam biasa, I love you so much (buat isteri), dua gol ini kerana awak sokong saya dan saya harap kita bahagia sehingga ke Jannah."

 

Must Watch Video