Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Harimau Kumbang terkilan keasyikan buru jaringan makan diri

ll
Advertisement

Jurulatih skuad Harimau Kumbang, Wan Rohaimi Wan Ismail, akui keghairahan anak buahnya memburu gol penyamaan malam tadi menjadi punca mereka akhirnya dihukum Selangor.

Red Giants memanfaatkan kesilapan pertahanan Penang untuk menambah gol pada minit akhir perlawanan, sekali gus memastikan peluang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata berakhir hampa.

Advertisement

"Ketika kami mencari gol penyamaan, ruang terbuka di belakang dan kami terhukum dengan jaringan sepakan penalti.

"Daripada segi tenaga, semangat dan kesungguhan saya nampak mereka bermain untuk pasukan tapi kadangkala kena lebih bijak terutama bertemu pasukan seperti Selangor.

Advertisement

"Kami kerap hilang bola dalam separuh masa pertama dan itu membuatkan kami sdalam keadaan tertekan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan di Kelana Jaya.

Penang merekodkan tiga kekalahan, satu kemenangan dan satu keputusan seri dalam lima perlawanan pertama liga, rekod yang jelas tidak menepati sasaran awal Wan Rohaimi.

"Tidak capai apa yang kami harapkan kerana dalam dua perlawanan gagal mengutip sebarang mata.

"Kami akan melayani kunjungan Melaka (jadi) nak tak nak kami perlu dapatkan tiga mata untuk merapatkan jurang dengan pasukan di atas," katanya.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video