Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Gol kontroversi Sabah gagalkan harapan Negeri Sembilan

Sabah

Untuk 2026, Negeri Sembilan masih belum meraih kemenangan. Namun, keputusan seri 1-1 memberi mata buat kali pertama tahun ini.

Peluang terhidang sewaktu Azri Ghani tidak berada di tempat asalnya memberikan gol penyamaan buat tuan rumah, sekali gus berkongsi mata di Likas, sebentar tadi.

Advertisement

Terdahulu, sepakan luar kotak dari Jovan Motika memberikan kelebihan awal buat skuad Hobin Jang Hobin pada separuh masa pertama dan momentum kecemerlangan itu berterusan memasuki babak kedua.

Skuad kendalian pemangku jurulatih, K. Rajan, itu mengasak The Rhinos untuk mencari jaringan kedua, namun pelbagai siri peluang terutamanya dari Luqman Hakim Shamsuddin gagal memberikan penyudah kedua.

Tatkala The Jangs cuba mempertikai keputusan pengadil, pasukan bimbingan Juan Torres Garrido itu pantas mengambil sepakan percuma tersebut dan terus menjaringkan gol daripada jauh menerusi pemain gantian, S. Kumaahran, pada minit ke-69.

Pengadil, Afiq Naim Ahmad Khilmi, menyemak gol tersebut melalui video bantuan pengadil (VAR) dan terus mengesahkan sepakan tersebut. 
 

Must Watch Video