Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Gol Figueiredo warnai kenduri gol JDT, Selangor bangkit ikat Terengganu di Gong Badak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt

Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta kenduri gol selepas menewaskan Imigresen 5-0 dalam perlawanan minggu ke-17, Liga Super 2025/26 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Barisan pertahanan The Mighty Tigers beraksi dengan berdisiplin dalam babak pertama, namun rembatan kencang pemain warisan skuad kebangsaan, Joao Figueiredo, pada minit ke-21 memastikan JDT mendahului 1-0 dalam babak pertama.

Advertisement

Masuk babak kedua menyaksikan anak buah Xisco Munoz lebih agresif memburu jaringan sehingga gol sendiri daripada Vinicius Milani yang tertampan bola masuk ke gawang pada minit ke-59 diikuti gol Bergson satu minit kemudian serta  jaringan Marcos Guilherme selang enam minit kemudian untuk pasukan tuan rumah selesa mendahului 4-0.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Bergson da Silva, membuktikan kredibilinya apabila menyumbat masuk gol kelima skuad Harimau Selatan pada penghujung perlawanan sekali gus menutup permainan dengan kemenangan 5-0 buat JDT di laman sendiri.

Untuk rekod, kemenangan itu menyaksikan JDT meneruskan dominasi serta memegang rekod 100 perlawanan tanpa kalah dalam saingan Liga Super ketika ini.

Dalam pada itu, dalam satu lagi aksi tumpuan menyaksikan Selangor bangkit mengikat Terengganu di Gong Badak.

Terengganu mendahului terlebih dahulu menerusi rembatan deras Cereca dalam separuh masa pertama sebelum Faisal Halim menutup kelebihan itu untuk terikat 1-1 meskipun anak buah Kim Pan-gon terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Hugo Boumous dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain lawan.

Must Watch Video