Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Gimenez sedia tanggung akibat andai Negeri Sembilan kalah lagi

Gimenez

Daniel Gimenez sedia menanggung akibat seandainya Negeri Sembilan gagal meraih kemenangan menentang Star City dalam aksi Liga Super malam esok.

Selepas dua kekalahan dalam aksi pertama Liga Super dan Piala FA musim ini, pengendali skuad Jang itu menyedari kebimbangan itu dan berasa tidak sabar untuk melihat anak buahnya meraih tiga mata pertama musim ini.

Bagaimanapun, dia berharap segenap penyokong kelab itu akan memberikan mereka lebih masa untuk mencari rentak terbaik dan membuktikan kebolehan sebenar.

Sebagai rekod, Negeri Sembilan tewas kepada Melaka dalam aksi pertama Liga Super sebelum tewas kepada kelab Liga A1 Semi-pro, Kelantan City, dalam saingan Piala FA.

"Saya sedar apabila keputusan tidak baik, jurulatih sentiasa menjadi sasaran," katanya kepada Astro Arena.

"Ia sudah menjadi sebahagian daripada tugas ini. Kami mencuba untuk memberikan yang terbaik buat pasukan ini dan kami akan turun ke dalam perlawanan dengan semangat untuk menang.

"Tetapi banyak perkara boleh berlaku dalam perlawanan, pasukan lawan juga bersedia dengan sebaik mungkin untuk melaluinya.

"Keputusannya adalah kami tewas dua perlawanan dan seperti yang saya katakan pada awal lagi, ia takkan mudah untuk kami berdasarkan cara kami bermain dan bagaimana kami mahu bermain.

"Tetapi semua dalam hidup ini memerlukan masa dan jika kelab dan penyokong boleh memberikan sedikit masa, saya percaya mereka akan menikmatinya pada masa akan datang.

"Jika tidak, ia merupakan sebahagian daripada perjalanan seorang jurulatih dan mungkin akibatnya perlu ditanggung saya."

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement