Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Gaji tertunggak enam bulan selesai, PDRM tekad pamer aksi terbaik jumpa Imigresen

j

PDRM akhirnya menemui sinar di hujung terowong apabila dikhabarkan isu tunggakan gaji enam bulan yang sebelum ini menghantui langkah Sang Saka Biru, sudah dilangsaikan.

jurulatih The Cops, Eddy Gapil, menyifatkan perkhabaran baik itu sebagai pemangkin utama untuk menaikkan semula moral pasukan tatkala Liga Super kian hampiri penutup tirai.

Advertisement

PDRM mempunyai baki empat perlawanan dengan Imigresen bakal menjadi lawan seterusnya di laman sendiri Sabtu ini, dan pastinya mereka ditagih untuk menutup musim menerusi prestasi lebih positif.

"Saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pengurusan PDRM FC kerana menyelesaikan masalah ini.

"Saya harap keseluruhan pasukan dapat memberikan aksi terbaik ketika bertemu Imigresen," katanya kepada wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, sebentar tadi.

Sebelum ini, PDRM berdepaan detik sukar apabila isu kewangan menyebabkan gaji pemain tertunggak selama beberapa bulan, sekali gus menjejaskan tumpuan dan prestasi pasukan.

November tahun lalu, Malaysia Football League (MFL) turut mengenakan denda RM70,000 ke atas PDRM, selain menguatkuasakan larangan perpindahan pemain susulan kegagalan menyelesaikan isu berkenaan.

 

 

 

Secara keseluruha, kami kena realisitik dan kpada masa sama, saya percaya dengan kualiti pasukan dengan harapn kami dapat berikan persembahan terbaik ketika berdepan Imigresen.

"Kami kehilangan Alif Naquiddin di bahagian pertahanan, selebihnya kembalinya Elisha Kashim (pemain import dari Nigeria bagi membantu pasukan," katanya lagi.

 

Must Watch Video