Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: DPMM teruskan rentetan kemenangan tumbangkan Penang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

DPMM

Kelab Brunei, DPMM, meneruskan rentetan kemenangan dalam saingan Liga Super apabila menewaskan Penang 2-0 di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah sebentar tadi.

DPMM buat pertama kalinya memperoleh kemenangan berturut-turut selepas menewaskan Sabah 3-1 di laman lawan pada Sabtu lalu, di mana mereka sebelum itu mengatasi Imigresen 4-2 awal bulan ini.

Advertisement

Dan kecemerlangan itu diteruskan ke atas Penang, di mana Jordan Murray membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-18 sebelum Azwan Ali Rahman menggandakan kelebihan itu pada minit ke-23.

Dengan keputusan itu, pasukan bimbingan Jamie McAllister berkenaan kini mengumpulkan 14 mata hasil empat kemenangan, dua keputusan seri dan enam kekalahan.

 

Must Watch Video