DPMM 3 KUCHING CITY 2
DPMM menghukum 10 pemain Kuching City ketika menjamin kemenangan Liga Super 3-2 di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.
Tuan rumah yang turun dengan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan secara keseluruhan membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi Dalberto selepas hanya enam minit aksi berlangsung.
Namun, pelawat barisan kendalian Aidil Sharin Sahak tidak tersentak dan beberapa minit kemudian Dylan Wenzel-Halls memanfaatkan sepakan percuma untuk mengatasi Sam Somerville yang mengawal gawang.
Wenzel-Halls jelas sukar dirantai benteng pertahanan DPMM kerana dalam separuh masa kedua, bekas pemain Penang itu menggandakan jaringan peribadinya.
Tapi selepas itu, terjahan keras Petrus Shitembi memaksa pengadil melayangkan kad kuning keduanya lalu memerintah kapten pelawat itu keluar padang dan sepakan percuma yang menyusul pula berhasil mengimbangi kedudukan 2-2.
DPMM terus memanfaatkan kelebihan mereka untuk mendahului perlawanan dan berselang beberapa minit, Dalberto tampil menghukum Haziq Nadzli untuk kedudukan kembali memihak mereka, sekali gus mengutip kemenangan ketiga liga musim ini.
Keputusan lain:
TERENGGANU 0 JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) 3