Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Darren Lok, Fergus Tierney pacu kemenangan Sabah atasi PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

SABAH

Sabah berada dalam momentum tersendiri selepas menewaskan PDRM 4-1 dalam kempen minggu ke-11, Liga Super 2025/26 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan beraksi seimbang dalam awal babak pertama sebelum tandukan Darren Lok hasil gerakan Fergus Tierney meletakkan Sabah mendahului 1-0 dalam babak pertama.

Advertisement

 

 

 

Anak buah Jean-Paul de Marigny meneruskan momentum di tempat lawan apabila dua gol tercipta dalam tempoh tujuh minit menerusi Miguel Cifuentes pada minit ke-54 dan Ajdin Mujagic pada minit ke-60.

Meskipun skuad Sang Saka Biru merapatkan defisit jaringan menerusi Noel Agbre pada minit ke-74 daripada sepakan penalti, namun jaringan minit akhir Fergus Tierney memastikan Sabah meraih tiga mata di tempat lawan.

Must Watch Video