Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Bola sepak darah daging saya -- Dollah Salleh

sdsds

Selepas hampir empat tahun tidak memegang jawatan jurulatih secara tetap, pengendali berpengalaman, Datuk Dollah Salleh, kembali ke tepi padang dengan kelebihan tersendiri apabila bakal disambut oleh beberapa wajah yang sudah cukup mengenali falsafah bola sepaknya.

Dollah mengakui tidak berdepan masalah besar untuk menerapkan corak permainannya kerana ramai pemain Kuala Lumpur City pernah berada di bawah bimbingannya.

Kali terakhir dia membimbing pasukan sebagai jurulatih adalah pada 2022 apabila dilantik sebagai jurulatih sementara Sri Pahang bagi menghabiskan baki saingan Liga Super ketika menggantikan Christophe Gamel.

Selepas tugasan tersebut, bekas pengendali Harimau Malaya itu menggalas peranan sebagai pengurus Tok Gajah dari 2023 hingga 2025 sebelum kembali ke arena kejurulatihan bersama KL City.

"Rata-rata pemain dalam pasukan ini pernah bersama saya, baik untuk pasukan negara dan kelab.

"Jadi mudah untuk saya menerapkan kemahuan saya memandangkan mereka paham corak latihan.

"Apa sekali pun, bidang ini adalah darah daging saya, itu yang membuatkan saya kembali.

"Dalam masa sama, saya sudah ada beberapa calon pemain import baharu dan kehadiran mereka mampu meningkatkan pasukan," katanya.  

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video